Monday, April 13, 2009

bagaimana mahathir menghina abdullah dan dirinya sendiri

untuk menyedapkan hati dan bakal dimarahi kawan2, barangkali elok saya katakan bahawa malaysia bertuah kerana memiliki (bekas) perdana menteri yang - walaupun selalu mengantuk dan kekurangan tidur - naif. malah, kadang2 sentiasa naif.

jika ada seseorang - katakan saja nama dia mahamanja - yang membenci (bekas) perdana menteri itu tiba2 hadir pada detik pengundurannya daripada takhta kuasa, pada bacaan orang pintar, ia adalah satu penghinaan dan tindakan yang 'keji'.

selepas bermati2-an menolak hadir pada sidang tahunan sebuah parti - katakan saja umeno - kerana bencinya kepada si (bekas) perdana menteri itu, mahamanja tiba2 mendapat standing ovation kerana hadir pada detik pengunduran si naif itu.

ia adalah penghinaan dan keji. terutama apabila si mahamanja mengaku dia datang selepas diyakinkan oleh makyudin bahawa memang peralihan kuasa benar2 ada.

tapi, hebatnya (bekas) perdana menteri naif itu, dia seronok, bersalam dan berpeluk. lepas itu mereka berpegang tangan dan julang menjulang tangan (walaupun hanya bersentuh di hujung jari semata2).

dan beberapa hari kemudian, mahamanja mahu membuktikan pencaknya masih lincah dalam perhitungan di dua bukit. dan pada beberapa hari kemudian itu, orang melihat mahamanja membuktikan dia juga 'naif' kerana menyangka majoriti warga masih sayang dan percaya kata2nya.

pada masa sama, pengganti (bekas) perdana menteri itu juga dilihat bebal. bukan sekadar disebabkan dirinya sendiri, malah oleh isterinya.

sejahteranya malaysia....

No comments: