Monday, April 6, 2009

jegela segantang kata sebukit janji

i
guruh pun
berdentum
ketika langit gelap
rintik cuma menyapa
adakah al-tent...! membayang hujan?

nak kuucap kata cinta
padamu tapi tak terlafaz
oleh
pantang, al-tent...!

ii
asy-syeikh hadree
berfatwa di limbah pentas
pelantar pun bergegar
dihentak
kaki montok gebu,
al-tent...!
gugur hujah
patah lidah
bertongkat benang basah,
al-tent...!

iii
pukau tuak dan ruai
di
batang i cemas berdayung
menongkah
yu, al-tent...!

iv
dan malam esok,
masihkah lagi
kumat-kamitkan
nama itu - al-tent...?

v
oh, al-tentunya!

No comments: