Tuesday, April 21, 2009

sepucuk surat tanpa setem drp paduka seru

sesampul surat
warna putih tiba di muka pintu
- tanpa setem tanpa soal
kerana sebaris kata
di mukanya adalah sabda
- tanpa setem tanpa soal

diajarkan pada helaian kuning itu
bahawa dada kertas itu
adalah tutur wajib
yang mesti ditunai. garisnya
adalah baris baja menentukan
taat - durhaka

difirmankan
pada aksaranya
digantungkan petaka

jangan kamu - katanya - sekali-kali
bersorak bertempik melolong tak tentu hala
kerana kampung ini wajib kamu jaga.
jangan dijual jangan digadai

sesampul surat
tanpa setem bergentayangan
di lelangit mimpi ngeri anak-anak
ketika mereka gelisah
cuba menutup lapar dengan air mata

tanpa setem
tanpa soal
kerana kepatuhan
pada firman dikandung
sesampul surat
wajib gratis

tanpa soal.
tanpa soal.
tanpa soal.
tanpa soal.

cist!

- nota di kuale

No comments: