Sunday, June 14, 2009

ada seorang tuan guru

tiba2 awal pagi ni saya teringat kepada seorang tuan guru di teluk intan. saya tak berapa ingat namanya. barangkali tuan guru haji abdullah. barangkali. mungkin salah. tapi hati saya berat mengatakan memang namanya abdullah.

dia seorang warak dan - biasalah - kadang2 ada cerita itu ini mungkin ditokok tambah menunjukkan betapa ada karomah di kalangan orang alim tertentu.

tapi bukan cerita karomah tuan guru haji abdullah yang nak saya labunkan awal pagi ini.

ada satu kepelikan yang ada pada tuan guru tu. ia semacam satu legenda untuk dia. sebagai seorang tuan guru, dia rajin mengajar ilmu agama. maaf, saya tak ingat cabang ilmu apa yang dia ajar. mungkin fiqh, mungkin usuluddin, mungkin tasawuf. tak pasti. tapi dia seorang tuan guru dihormati dan rajin mengajar.

cuma, tuan guru haji abdullah tu akan marah kalau ada sesiapa yang bertanya ketika atau selepas dia mengajar. maknanya - kuliah ilmu tuan guru tu adalah sehala. hadirin datang, duduk bersila, tunduk atau tadah kitab dan tadah telinga. jangan tanya.

diceritakan orang, kalau ada sesiapa bertanya, dia akan marah. pada pandangan tuan guru haji abdullah, kalau ada sesiapa bertanya, maknanya orang itu tak beri perhatian ketika dia bersyarah.

maknanya - pada tanggapan tuan guru itu - orang berkenaan banyak main, lalai dan sebagainya.
maka, tak adalah sesiapa pun yang berani bertanya kepada tuan guru tu.

saya tak pasti adakah tuan guru haji abdullah masih hidup. ketika dia mengajar dulu, usianya pun dah lanjut. tak pasti, tapi barangkali lebih 60 tahun. dan saya baru 18 tahun ketika itu.

memetik kata sahabat saya, rima - dia (tuan guru itu) seorang yang bagus dan baik. bukan tak bagus atau tak baik. memang bagus dan baik. cuma dia akan jadi sangat bagus dan baik pada zaman silam. zaman lampau. bukan zaman sekarang. dia baik dan bagus pada zaman lalu.

apa pun, saya tak pernah dimarahinya sebab saya tak pernah pun sempat hadir (kalau tak silap la) ke kuliah mingguannya. dan tak ada sebab saya nak berdendam, kecil hati atau tak senang kepada dia. kepada Allah saya berdoa semoga tuan guru haji abdullah itu sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada-Nya. ameen.

p/s: dalam salah satu (mungkin banyak) kitab kuning, penulisnya bermadah - kunci ilmu adalah bertanya. saya cuba berpegang kepada petua itu. wala'? ada tempatnya. tersalah letak, jadi zalim pulak.

2 comments:

@zk@m said...

adakah saudara kalam sempat membeli buku kartoon yg diharamkan itu???heheheh

Anonymous said...

natang celako penulis..

mapuh laa mungg.